Thursday, December 30, 2010

~ RAGAM HAKIMI ~

Salam....

jumpa lagi...
kali ni lambat sket update sbb amik masa utk kumpul aksi2 kimi utk tatapan semua...
seminggu lg, alhamdulillah kimi nk masuk 2 bulan...
doa mama , semoga kimi membesar jadi anak yg sihat & soleh....

so, ni ada beberapa pose kimi yg mama fikirkan menarik...
utk dikongsi dengan u all semua...

pic 1
:: kimi kalau hati suka memang meleret sengihnya.... sampai nampak gusi ::
* thanks to cik in.. yg belek kimi & sentiasa sedia dengan phone... maka dptla pose2 yg menarik ini...



Pic 2
:: mungkin sbb dh lama duk dlm incubator dan x berbedung.. maka anak bujang aku ni sangatlah tidak suka dibedung ketika tidur... x kira siang atau mlm.. maka, mama pun amikla aksi2 tidur anak mama ni... ala2 nk azan pun ader, otromen kosmos pun iyer... apa2 la syg janji lena ::



Pic 3
:: ha..ni la sepupu kimi yg setia memekak kat umah nenek cuti ni... membiasakan telinga kimi dgn bunyi bising... tp mama kimi yg risau lebih...huhu betul la, agaknya org dh ada anak ni poyo sket... hua3.. ::




sekian dulu utk kali ni.... doa2kan la hakimi sihat selalu & menjadi anak yg soleh... bye !

Tuesday, December 28, 2010

SUNGGUH AKU RINDU........

salam...

entah kenapa rasa rindu ini makin kuat dihati.....

` rindu itu adalah anugerah dari Allah `.....

yer, rindu tu anugerah... tapi merindui org yg dah tiada sangat menyakitkan....
sebab kita xleh jumpa, x leh call dan x leh semuanya....
kehadiran kimi sememangnya sedikit sebanyak mengubat rindu tu...
tapi terkadang hati terdetik... kan bagus kalau dpt kongsi kegembiraan ni dgn abg....

mesti abg xkan biarkan aku jaga kimi sorang diri....
mesti abg x sabar nk balik keje sbb nak tgk kimi....
mesti abg akan jd abah yg baik utk kimi...

Aku tau, aku x patut fikir mcm tu....
tapi hati ni... owhhh hati... adakah sesiapa yg memahami hati ini....

Ya Allah, berilah aku kekuatan yg luar biasa....
agar aku kuat utk hadapi semua ni...

abg, aku sangat merindui dirimu....

Sunday, December 26, 2010

* ABC *



salam....

jumpa lg....
this weekend, public holiday.. so meriah la umah mak dgn adik beradik yg ramai + plak ngan
anak2 buah yg tengah nak membesar bagai johan...ho3...
dalam reramai, d tengahari yg remang2.. ( tul ker )... ader plak yg gatal mulut..
" makan abc sedap nih " pergh... memang sedap...
jd, berbekalkan rasa kempunan org mkn ABC depan aku masa aku dlm pantang....
aku setat keta & pegi beli....
kat mana ? haa... sanggup tu...sini tempatnya...


lokasi :: seksyen 2 shah alam ::

sanggup aje kalo pasal mkn...huhu
pakcik kedai ni kena byr royalti kat aku la...
sbb secara x langsung dh tlg advertise kedai dia....

balik rumah... x ckp bnyk dh kena serbu...



inila rupanya....


bye !!




Wednesday, December 22, 2010

~ appoinment ~



salam....

start monday 20 DEC 2010, kimi dh mula kena pg appoinment hosp...
betul la kata org, bby prem ni selagi x 2 thn akan berulang ke hosp jer...
isnin, temujanji dengan dr mata..utk cek adakah saraf mata berkembang selaras dengan umurnya..
alhamdulillah.. mata kimi ok..

22 DEC, 2nd appoinment
ist , ultrasound brain... resultnya.. masih ada lebihan cecair dlm otak kimi... harap2 xder yg serius..
menurut dr, secara logiknya badan akan menyerap lebihan cairan tu...
myb, faktor pra matang membuatkn badan dia lmbt utk menyerap cairan tu...
alhamdulillah, dia xder tarik2 and anggota bdn berfungsi dengan baik...

2nd, timbang berat.. alhamdulillah berat kimi dh naik 2.89kg.. dos ubat dh dtinggikan dan dia dh boleh minum susu formula bby normal... moga terus sihat syg....

kat sini aku nk citer, mcmana aku g hosp ... aku x la berduaan jer ngan kimi...
inilah org kuat yg sgt membantu & setia bersama aku sejak abg xder...
tq mummy, kasihmu tiada galang gantinya...
syg mak sgt2...


my lovely mum & stroller yg sgt membantu...



anak mama yg makin besar...




mama yg makin cun...hahaha, bocor x bakul....


see ya !!

Monday, December 20, 2010

~ 3 SIJIL... ?? ~

Salam...

bertemu lagi...
2010 hampir melabuhkan tirainya... pastinya 2010 meninggalkan seribu macam kenangan bukan saja pada aku tp juga kita semua kan... !

tahun 2010 meninggalkan nostalgia pahit dan manis utk aku...
pas ni kalo org suh isi biodata ader ruangan kenangan manis & pahit leh la jwb... hahaha
yg aku nk story mory ni...
2010, aku dpt 3 sijil... korang ader...? xder kan... tp kalau aku diberi pilihan satu sijil tu aku
x moh... apa kan daya...
kita merancang.. Allah merancang...
perancangan Allah adalah yg sebaiknya...

jgn bnyk bebel... mari kita lihat...



sijil 1 :: sijil nikah aku & abang.... ::


14 Feb 2010... tarikh cantik..tp sygnya... huhu


sijil 2 :: sijil kematian :: perginya kekasih hati....


aku redha... cintamu tetap dihati...


sijil 3 :: sijil kelahiran, lahirnya cinta hati kami berdua ::


mama & abah always love u syg....


mudah2an 2011 yang bakal menjelang ni bakal memberikan sinar & kebahagiaan buat kami berdua.. org kata bila Allah uji kita, maknanya Allah nk mengangkat darjat hambanya ... mudah2an... aminn...

Saturday, December 18, 2010

~ SHARING INFO ~

PENJAGAAN BAYI PRA MATANG

Bayi pramatang (premature babies) adalah bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu kandungan. Ada banyak sebab kenapa perkara ini boleh berlaku, antaranya mungkin gaya hidup ibu sendiri seperti merokok, mengambil makanan yang kurang berkhasiat, tekanan fizikal, pengambilan alkohol, dadah dan pelbagai lagi.

Selain itu, ia juga boleh disebabkan ketidakseimbangan hormon, masalah struktur rahim, penyakit ketika dalam kandungan, umur ibu lebih 35 tahun atau kurang daripada 19 tahun dan pelbagai sebab lain yang tidak diketahui.

Bayi pramatang memerlukan penjagaan lebih daripada bayi lahir cukup bulan. Justeru, kebanyakan bayi pramatang memerlukan penjagaan di unit rawatan rapi (ICU) sebelum pulang ke rumah. Di negara maju, lebih 90 peratus daripada bayi yang beratnya 800 gram ke atas akan terselamat dan bayi yang beratnya lebih daripada 600 gram mempunyai peratusan selamat antara 40 hingga 50 peratus. Bagaimanapun, komplikasi yang lebih ketara mungkin berlaku pada kanak-kanak ini.

Apakan keperluan bayi pramatang?


* Haba atau kepanasan persekitaran yang cukup. Bayi pramatang tidak mempunyai lemak secukupnya untuk memastikan suhu badan kekal walaupun jika bayi itu diselimutkan. Bayi ini perlu berada di dalam inkubator atau alat pemanas sehingga berat bayi cukup untuk mengekalkan suhu badan.

* Pemakanan dan tumbesaran bayi pramatang memerlukan keperluan nutrisi yang lebih tinggi. Ini disebabkan tumbesaran bagi kanak-kanak pramatang secara lazimnya adalah lebih cepat daripada kanak-kanak cukup bulan (catch up growth) lebih-lebih lagi kerana sistem pencernaan makanan adalah tidak efektif seperti kanak-kanak cukup bulan.

Apakah makanan untuk bayi pramatang?


Susu ibu adalah sumber makanan yang paling baik, tetapi bayi hanya boleh menyusu terus atau menggunakan botol selepas 32 minggu. Memulakan pemakanan bagi bayi pramatang perlu dilakukan secara sedikit demi sedikit. Jika tidak ia boleh menyebabkan masalah usus yang berbahaya.

Lazimnya bayi yang belum boleh menyusu, susu ibu perlu dipam dan diberi melalui tiub.

Susu ibu mempunyai khasiat lebih kerana ia mengandungi protein membantu melawan kuman dan mempercepatkan pembesaran. Oleh kerana bayi pramatang mungkin memerlukan lebih banyak kalori dan vitamin, terdapat formula dalam bentuk serbuk yang boleh ditambah dalam susu ibu untuk meninggikan lagi khasiat.

Masalah bayi pramatang


* Jaundis (penyakit kuning)

Masalah yang paling kerap bagi bayi pramatang ialah jaundis. Penyakit ini disebabkan oleh bilirubin yang dihasilkan oleh pemecahan sel darah merah. Bilirubin ini menyebabkan kulit dan selaput mata putih bayi menjadi kuning. Jaundis adalah perkara biasa bagi bayi, tetapi jika tahap jaundis terlalu tinggi ia boleh menyebabkan kerosakan bahagian otak atau kecacatan pendengaran.

* Apnea


Apnea adalah keadaan yang mana bayi berhenti bernafas. Pada masa itu degupan jantung menjadi perlahan sekali gus bayi mungkin kelihatan pucat dan biru. Apnea sering berlaku bagi bayi yang kurang daripada 30 minggu. Jika masalah apnea ini berlaku dengan kerap bayi memerlukan ubat untuk merangsang sistem pernafasannya.

* Anemia (kurang darah)


Kebanyakan bayi pramatang akan mengalami masalah anemia. Ini mungkin menyebabkan bayi tidak membesar dan juga jika tahap anemia itu serius ia boleh menyebabkan kegagalan jantung.

Masalah pernafasan (respiratory distress syndrome)


Masalah ini disebabkan oleh paru-paru yang belum matang dan secara tidak langsung menyebabkan bayi mengalami masalah susah untuk bernafas. Masalah ini agak kerap berlaku.

Begitupun, masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan sejenis ubat yang bertindak membuka paru-paru (dikenali sebagai surfactant). Ia membolehkan paru-paru bayi pramatang berfungsi dengan lebih baik.

Jika masalah pernafasan ini terlalu serius, bayi itu mungkin memerlukan bantuan pernafasan melalui mesin pernafasan. Penggunaan surfactant yang dibuat secara sintetik mengurangkan komplikasi masalah pernafasan.

* Jangkitan


Jangkitan adalah masalah yang paling membimbangkan bagi bayi pramatang. Ini disebabkan bayi pramatang tidak dapat melawan penyakit sebaik bayi yang lahir cukup bulan. Jangkitan ini boleh berlaku sebelum bayi lahir, ketika proses melahirkan atau selepas dilahirkan. Cara membasuh tangan yang betul dapat mengatasi masalah jangkitan.

* Patent Ductus Arteriosus(PDA)


Duktus arteriosus adalah salur darah kecil yang menyambungkan salur arteri paru-paru dan salur aorta. Bagi bayi pramatang yang mempunyai masalah PDA; bergantung kepada besarnya PDA itu, dia boleh mengalami masalah kegagalan jantung. Ada ubat-ubatan yang boleh mengecilkan salur darah ini. Begitupun jika ia tidak berjaya masalah PDA ini boleh diselesaikan melalui pembedahan.

* Masalah Retina


Bayi pramatang mempunyai retina yang agak sensitif. Retina bayi pramatang boleh cedera dan ini boleh menyebabkan masalah penglihatan yang serius. Pada masa dahulu masalah ini dikaitkan dengan penggunaan oksigen yang berlebihan. Tetapi kaji selidik yang dijalankan tidak dapat memberi sebab kenapa ia berlaku.

Apa perlu dibuat selepas keluar dari unit rawatan rapi


Bayi pramatang memerlukan penjagaan yang lebih rapi. Rawatan susulan dengan pakar perlu dilakukan dengan kerap untuk menilai perkembangan bayi itu baik dari segi fizikal dan juga perkembangan otak.

Friday, December 17, 2010

~ SHOPPING ~


salam....

hari ni dh 42 hari bperpantang... tapi kalau ikut my mum dh lepas pantang la tu... xder istilah 44 ni... hahaha anak solehah mesti ikut cakap mak :)

bertemankan adikku dayah ( memang dia suka ikut g shopping ) aku pun pegi ioi... uishhh..
sale la...
lama sudah x pegi ioi ni... gigil mama kimi tgk sale ni...hahaha
so, beli la beberapa barang kimi yg lum complete...
then pg anakku.. maklum, mama kimi kan ibu tunggal...so benda ni sgt perlu....

apa bendanya eh... meh, tengok...

tengah pasang... belajar skali cane nk lipat2...


pembantu 'cum' drebar selama i dlm pantang

tq adek... kamu suka kan.... * troli blakg tu kami munyer la...


ini dia...mama kimi yg dh lama x interframe....haha


Thursday, December 16, 2010

~ Kimi Balik... ~


salam
bertemu lagi....
kali ni nak cerita bila kimi dh bole discharge dr hospital...
yeay.!! sememangnya kepulangan yang dinanti... oleh semua yg dirumah....
maklum, kimi dh tengok dunia 34 hari tapi cuma mama je yg dpt tgk kimi..hehehe :)

tapi,
penjagaan utk bayi pramatang agak sedikit berbeza coz dia kecil dan kebanyakan organ baru nak matang compared to baby yang lahir cukup bulan....
ibu2 dh dberikan ilmu penjagaan bayi premature masa kat hosp....
paling ditakuti bila bby selsema , batuk & terkena lain2 jangkitan...
so,mama yg poyo ni pun dh siapkan beberapa langkah pencegahan... :)

first...

cuci tangan sebelum sentuh bby....

atau,

gunakanlah hand sanitizer....





kalau anda batuk & selsema...

pakai face mask b4 kiss bby.. ( tq cik model )









Wednesday, December 15, 2010

HAKIMI ~ 34 days in NICU ~


salam...

Hakimi terpaksa duk nicu coz lahir x cukup bulan + dapat jangkitan pada paru2 dr dalam perut lagi... patutla anak mama x sbr nak kuar...
Syukur.. Allah selamatkan anak mama...
so, 34 hari di NICU = 28 hari dlm incubator & 6 hari intermediate...

kuning sket...


sian anak mama...


favourite position... :)




dh bukak sume wayar... dh bole balik.. yippi.... !

Allah hadirkan pengganti....




salam....

selepas pemergian abg, aku teruskan hidup seperti biasa... mungkin di pandangan org aku kuat.. KUAT KAH ?...hanya aku yg tahu....
kuat itu perlu demi bayi dlm kandungan ini... padahal setiap saat aku sangat merindui abg....
aku berckp sorg2 dlm keta... seolah2 abg ada .. selama ni dia lah tempat mengadu segalanya....
biarla kalau org kat luar nk ckp aku gila... hahaha
kdg2 rasa mcm nk call, nak sms... huhu hp aku jd sunyi serta merta....


dlm masa yg sama , tekanan darah aku naik tinggi.... org semua pesan..jgn fikir2 sgt...
x fikir tp memang ada dlm fikiran kot...
28 oktober..buat pertama kalinya aku masuk wad ..HOSP SERDANG... keramat tul sepital ni...
duk 2 mlm...selang 3 hari lepas tu masuk lg sekali...
kali ni mcm lebih serius sbb tekanan darah... dr takut aku sawan ... SAWAN ?... darah tinggi leh sawan ? tanya cikgu yg x amik ilmu kedoktoran ni dlm hati....


akhirnya pada ptg 4 Nov ( genap sebulan abg pergi... ) sawanla aku... berlari2 lah dr dan nurse menyelamatkan aku... bahaya tau..sawan ni boleh membawa kepada koma & maut....
n pada mlm 5 NOV maka dr pun melakukan pembedahan ceaserean untuk menyelamatkan anak ku yg tercinta....




saat br dilahirkan ..1.64kg...

it`s a boy.. Muhammad Irham Hakimi b. Zahiruddin



selamat tinggal sayang

salam...
Tiada org yang mahu kehilangan insan tersayang apatah lagi bila kita baru hidup bersama.....
namun, itulah yg perlu aku lalui....
4 OKTOBER 2010
tarikh keramat yg aku akan ingat sampai bila....
petang isnin, kira2 jam 5.30 petang ... nurse panggil aku masuk semula ke ICU
aku baru berkira2 utk ke cafe sbb seharian aku x isi perut...
kesian anak mama dlm perut kelaparan...
sesampai aku di ICU, subhanallah...muka abg dh pucat... Ya Allah, apakah abg akan tinggalkan aku ? soalku dlm hati... hati aku berbelah bagi sebelum ini...
satu sudut, aku berdoa pd Allah aku x mahu dan x sanggup kehilangan abg....
di sudut lain, hati ku berkata Ya Allah, jgnla kau siksa dia sebegitu..kau ambillah dia...
aku pegang tangan abg....
syg ... mengucap..ingat Allah...
lailaha illallah...muhammad rasulullah....
hati di paut rasa pilu yg teramat...adakah ini detik perpisahan antara aku & abang... ?
aku bisik pd abg... abg, kalau ini yg terbaik utk abg..pergilah.. syg redha...
syg janji utk jaga diri sendiri & anak kita baik2... terlihat air mengalir keluar dr mata abg...
aku pusingkan muka abg... Ya Allah, abg menangis... abg dgr kata2 aku...
jgn menangis abg... xper..syg redha...
5 minit selepas aku bisikkan kata keramat itu, dengan tenang abg pergi tinggalkan aku....
hancur, luluh, semua perasaan bercampur baur dalam hati....
kekasih hati, suami yg aku cinta pergi meninggalkan aku... pergi yg takkan kembali lagi...
mimpikah aku... ku usap perut... xper syg..mama janji akan jaga baby selagi ada hayat mama...
abg, benarlah kau cinta padaku.... abg bwk cinta kita hingga ke akhir hayat....
sblm ni, bila aku sakit..aku selalu gurau ngan abg..' kalau syg mati mcmana ? pap ! satu pukulan hinggap di bahu... ' jgn merepek ckp mcm tu..abg x suka '
tapi sekarang...suka atau tidak..aku perlu terima...redha dengan ketentuan ilahi...
Ya Allah, jadikanlah aku sekuat Siti Aminah, yang melahirkan Muhammad tanpa Abdullah di sisinya... jdkan lah aku sekuat maryam... yg membesarkan Isa walau ketiadaan suami...
bantu lah aku Ya Allah....

Tuesday, December 14, 2010

~ kau pergi jua ~

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi..
pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi..
pergi..

~ suka duka4 ~ bermula episod duka...

salam....
bertemu lagi....
mencari kekuatan utk bercerita kerana sudah pasti akan menitiskan airmata...
segalanya menjadi semakin meruncing bermula ramadhan...
sememangnya ramadhan kali ini benar2 menguji kekuatan & keimanan...
bayangkanla...
puasa, mengandung, menjaga org sakit... semuanya serentak.. smpi satu tahap rasa x larat sgt...
maafkn syg abang..dlm ketidaksabaran menjaga tu, syg mrh2 abg...
kalau syg tau abg akan `pergi` sumpah syg x marah....
walaupun bulan puasa, kami x henti berubat..sampai aku terfikir..kata bulan puasa hantu kena ikat... rupanya yg diikat tu hantu..jin masih berkeliaran... akhirnya abg semakin x larat..
smpikan nk ke bilik air pun berpapah, mula menggunakan lampin pakai buang...
aku slalu ckp ` baby lum kuar, tp mama dh pki & tukarkan pampers abah dulu... `
berakhirnya ramadhan bergema lah takbir syawal... fikiran abg seolah turut terganggu...
abg x sedar & xder perasaan tentang hari raya..aku la yg beriya2 minta maaf nangis2...maklumla ini aidilfitri pertama kami sbg suami isteri... rupanya jd yg terakhir juga...
sepanjang sakit, abg x sebut pun nak mak... nak balik penang... cuma abg selalu pesan dgn aku
" syg, walau apa yg terjadi, syg jgn tinggalkan abg tau ".. aku sampai pelik..patutnya aku yg cakap begitu pd abang...
akhirnya seminggu lepas raya, abg mintak dibawa ke hospital... mungkin dia dh x tertahan dengan sakit yang ditanggung...
x sampai hati aku nak masukkan gbr abg waktu memula admit... sbb aku sndiri x sanggup nk tgk gambar2 tu.. sbb bila teringat saat abg sakit, hati aku bagai dihiris2... sakit sgt...
bila tgk abang mcm tu , aku berckp dgn diri sndiri...adakah abg akan tinggalkan aku... Ya Allah, aku x dpt maafkn diri kalau apa2 jd pd abang....

Saturday, December 11, 2010

~ suka duka 3 ~ bermulanya episod duka....

salam....

Sambung dr yg lepas, kami balik duduk rumah mak.... dan x disangka juga dalam tempoh ni abang kerap x sihat... demam, sakit dada, migrain... tapi kami x pernah fikir apa2 sbb sangka itu semua sakit biasa...

suami : yang, apa kata abg register fitness first... agaknya badan dh naik tu yg buat abg rasa x sihat jer... sakit2 dada..

isteri : apa2 je la bang asalkan terbaik... yg penting afford nk bayar fee bulan2...

so, my lovely hubby pun register FF dan mula bersenam... kira2 habis cuti sekolah bulan 6, aku pun berkira2 utk ajak abg balik rumah sewa kami... ( yg kami sewa utk byr buta2 jer... :( ).. masih segar di ingatan, ahad petang aku pun berkira2 utk masak spagetti yg abg sgt suka... sempena hari bapa.. so, aku pun keluar beli barang... dalam masa yg sama di rumah abg mula muntah2 & jd x larat... sesampai aku kat rumah dia dh terlepet kat bilik air....

Spagetti, salad, garlic bread sume jd x menarik selera dia... & kira2 jam 9 mlm... abg sesak nafas yang sangat menakutkan aku.. dengan x memikir apa2 lg, aku bwk abg ke hosp serdang.. berdua shj.. ( sbb aku x pk apa2 yg serius )..

sampai di bhgn kecemasan.. keputusan sgt memeranjatkan..abg terkena serangan jantung kecil.. masyaallah..sedangkan abg x pernah ada sakit tu.. juga keturunannya... abg warded utk 3 hari.. hari ke 3 lepas ujian ENDOGRAM menunjukkan abg sihat.. tiada kwsn jantung yg block... alhamdulillah... balikla rumah...

tapi abg masih sush nk tido mlm, dan sakit2 dada...hinggalah satu hari... rasukan yg memasuki kakaknya berkata yg dia ( si penghantar ) memg marahkan abang... nk abg mati, jd mayat hidup... betapa tersentaknya kami... sejak itu kami berubat tanpa henti... asalkan org bgtau jer perubatan alternatif, semua kami pegi....

~ kegembiraan berganda ~

salam....

alhamdulillah, sebulan lepas balik dr Langkawi, kami dikejutkan dengan berita gembira.... i`m pregnant... semuanya x dirancang, x disangka, dan x diduga... namun kami terima berita ni dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran... lagipun abang memg suka budak2....

well, bila preggy ni..layanan nya dh tentu la ist class... terasa sgt disayangi dan dihargai... nak makan apa..ckp jer..insyaallah dapat punya la... ( elok plak, ngandung x mabuk makan )... tapi waktu mabuk ni aku sgt alah pada bau2 wangi... yg x wangi lagi la kan... x suka bau perfume abang, bau downy, bau mandian lifeboy, bau rumah sewa.... mcm2la...

akhirnya, selepas berjaya memujuk..kami sepakat utk balik ke rumah mak sementara mabuk aku nak hilang... lega rasanya...

ku sangka panas hingga ke petang... rupanya... jeng3...

~ suka duka 2010 (2) ~ honeymoon.....

salam...

yeay..tengok tajuk pun teruja kan.... hehehe kami telah memilih untuk ke Pulau Langkawi pada 12 ~ 14 March 2010... jauh gak la dr tarikh kenduri... maklum, masing2 bekerja n ni aje cuti yg dapat selain kesesuaian tarikh flight n hotel.... so, kat sini la kami beradu 3d2n.. BERJAYA RESORT & SPA thanks a lot to kekanda Taufek Bohari ( sbb kalo x kerana membership dia..mana la kami mampu nk dok sini )

walau cuma begini tanpa membership 1nite RM 600++

Utk aku yg dh beberapa kali ke Langkawi.. so biasa jer.. yg luar biasa coz kali ni pegi berdua... syok sgt... pegi la mana2 asalkan dgn abang..i rela u.... :) ader la jugak beberapa tpt yg sblm ni x pg.. ( sbb sblm ni more to shopping agenda ) so aku pun pegi la dgn abang... paling x lupa ke tasik dayang bunting... makk aii... gigil kaki aku mendaki tangga..tobat..len kali ajak pegi lg x mo dah...

semput mak dik.....


sepanjang di langkawi...baju sedondon jer... maklum sehati sejiwa katanya... :) sampaikan berjaya jugak aku pujuk abang pakai t-shirt pink..he3... buktinya... jeng3...


day 1


day 2

day 3

Apapun..kenangan di langkawi sangat indah dan akan tersimpan dapat lipatan memori hidupku... sempat la jugak we all celebrate birthday abang... 12 March ...

selamat hari lahir sayang....





ku gembira disampingmu.....

this is the best vacation ever.... love u honey


Friday, December 10, 2010

~ suka duka 2010 ~

assalamualaikum....

utk pertama kalinya aku mula menulis * menaip* walaupun ni bukan option aku..:)
kira ni macam how we express ourself ... ye la nk cite kat org takut org xnk dengar..taipla..mana tau ader org nak baca...

ok, 2010 bakal berakhir dan macam2 perkara dh berlaku pada aku... aku mulakan dengan kenangan terindah dalam hidup... mana x indah..akhirnya cinta yang terjalin selama 2 tahun dimetrai dengan ikatan pernikahan... alhamdulillah pada 14 Februari ( tarikh x ble bla... huhu ) selamatlah aku menjadi seorang isteri kepada lelaki yg sangat aku cintai... ZAHIRUDDIN B. ZAINUL ABIDIN. * ready nk akad nikah


Dengan dinikahkan oleh abah ku...majlis berlangsung sangat meriah...mana taknya, pakcik Bohari dh hampir 7thn x kenduri...syukur yang tidak terhingga kerana Allah kurniakan lelaki terbaik yang pernah aku jumpa... ( sapa nk puji suami kalau x isteri )... Dalam hati, tiada apa yg aku harapkan melainkan Allah limpahkan rahmat pd kehidupan kami dan memanjangkan jodoh kami hingga ke akhir hayat... Abang, syg syg abg sgt2... love and miss u alwayss....

penaja