Sunday, February 13, 2011

~ tidur ~




salam,
hari ni saya nk kongsi info tentang tidur...
maklum, sejak ader baby ni...tidur pun mana dan jer....
tidur mlm pun x lg lena spt dahulu... huhuhu
xperla dh 32 thn tido mlm tanpa gangguan kan....
so , kena la berkorban demi perkembangan kesihatan anak....
tabik spring la pd ibu2 yg ramai anak....
kerana mereka tegar berjaga mlm....

ok. here are some info to share about the suitable time for baby to sleep....

Tidur bayi baru lahir hingga berusia tiga bulan.

Bayi dalam lingkungan usia ini memerlukan tidur antara 16 hingga 20 jam sehari dalam jangka masa antara satu setengah jam hingga lima atau enam jam setiap kali pada siang hari. Ketika ini, waktu makan dan tidurnya akan bersilang. Ada bayi yang tidur sepanjang malam apabila mereka berusia empat atau enam minggu tetapi itu bukan kebiasaannya. jadi, jgn la khuatir kalau bayi anda asyik tiiidoooo jer... anda seharusnya risau kalau dia x tido kerana ini akan mengganggu perkembangan otaknya.....

Tiga hingga enam bulan.
Daripada usia tiga hingga 12 bulan ke atas, bayi akan tidur antara 14 hingga 15 jam secara keseluruhannya. Mereka cenderung untuk tidur antara enam hingga lapan jam pada waktu malam dan akan terjaga sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh waktu itu dan perlu ditenangkan, disusui sebelum dia tidur kembali.

Bayi akan tidur sekejap (nap) antara sejam hingga dua jam pada waktu pagi, tengah hari dan petang.

Enam hingga 12 bulan.
Kanak-kanak dalam usia ini selalunya tidur sekejap, iaitu dua kali dalam tempoh tiga hingga empat jam dan akan tidur untuk 11 jam pada waktu malam. Jika mereka tidur selama 12 jam pada waktu malam, adalah mencukupi mereka tidur sekejap untuk sejam ketika waktu pagi dan petang.

Satu hingga tiga tahun.

Selalunya mereka tidak lagi tidur sekejap pada waktu pagi. Waktu petang pula mereka juga akan tidur sekejap dan selalunya bertahan untuk tiga jam saja. Jumlah masa tidur mereka yang diperlukan ialah antara 10 hingga 13 jam tetapi faktor lain selalunya mengganggu kualiti masa tidur mereka seperti menggigau atau sakit gigi.

jadi, sgtlah penting bagi ibu2 utk memastikan anak mendapat tidur yang cukup....
BIARLAH MATA KITA LEBAM X TIDO... JANJI ANAK LENA.... :)


suka tgk muka anak waktu tido.... tenang jer....


0 comments:

Post a Comment

penaja